Rashia Kismis

Kismis baik untuk kanak-kanak dan orang dewasa dalam diet harian mereka

 

MASIH ingatkah anda dengan pesan orang tua-tua atau ibu tentang makanan yang harus diambil jika ingin pintar dalam pelajaran? Tentulah kismis. Menjelang peperiksaan inilah satu-satunya diet yang kerap diberikan ibu.

Adakah dakwaan kismis dan kaitan ketajaman minda benar atau ia sekadar mitos? Ini kerana jarang sekali ibu bapa atau orang tua dapat memberikan penjelasan lanjut kenapa kismis baik untuk minda.

read more

Tip Meningkatkan Kemampuan Bekerja

ANDA ADALAH DIRI ANDA
Jangan ubah personaliti hingga kita terpaksa berpura-pura. Hipokrasi bukanlah tindakan wajar untuk kita meningkatkan kerjaya. Kelak kita sendiri akan berasa kurang selesa. Apa yang penting ialah lakukan apa yang difikirkan wajar.

YAKIN DIRI
Selami diri agar dapat mengenali diri sendiri seterusnya akan meningkatkan keyakinan diri. Bisikan kata-kata, “Aku boleh melakukannya,” secara psikologinya kata-kata ini akan mendorong kita untuk berusaha lebih gigih.

KOMUNIKASI BAIK
Amat penting dalam sesebuah komuniti untuk berbincang. Perbincangan merupakan cara kita berkomunikasi bagi mendapatkan pandangan dan berita baru terutamanya yang melibatkan kerjaya. Selalulah bertukar-tukar fikiran dengan orang lain.

AKTIF
Selagi muda kita digalakkan mencuba perkara baru yang berkaitan dengan kerjaya sendiri. Setiap yang kita lakukan, laluinya dengan fikiran yang terbuka dan tajam. Pengalaman tersebut dapat membantu kita melihat
kelebihan dan kekurangan diri.

BERGAUL
Pernahkan kita terfikir bahawa kehadiran kita memberi kesan kepada orang disekeliling? Jika ya, ini bermakna anda telah berjaya dalam usaha mengetengahkan diri. Apabila kita biasa bergaul, secara tidak langsung bakat komunikasi dapat diasah dan akan menjadi semakin biasa dan selesa untuk berbual dengan sesiapa sahaja.

MENGEMBANGKAN BAKAT
Jangan ragu-ragu untuk memulakan seterusnya melakukan apa yang terbaik dalam apa sahaja bidang yang kita kuasai dan minat. Apabila bakat sudah ada, minat pasti akan datang.

TERUSKAN USAHA

Jangan biarkan diri kita dihantui dengan pengalaman silam yang pahit. Teruskan berusaha dengan cara yang terbaik. Pengalaman silam akan mengajar kita agar lebih berhati-hati dan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tiba.

GUNAKAN KESEMPATAN
Setiap daripada kita akan diberi kesempatan dan sebaiknya gunakan kesempatan tersebut demi kebaikan meningkatkan tahap kerjaya anda. Peluang-peluang seperti mendapat penilaian baik daripada ketua merupakan kesempatan baik untuk kita membuktikan kemampuan sebenar.

HARGAI WAKTU
Masa itu adalah emas dan kita tidak mungkin dapat berpatah kembali kepada masa lampau. Memahami kepentingan masa, janganlah kita sekali-kali menunda atau menangguh-nangguhkan kerja yang dapat kita lakukan sekarang.

JAGA KESIHATAN

Mempunyai tubuh badan yang sihat merupakan aset utama kita. Jika badan sihat, kita dapat bekerja dengan baik. Bagi menjaga kesihatan agar berada pada tahap optimum, rajin-rajinlah kita bersenam serta mengambil makanan yang menyihatkan.

JANGAN LEKAS BOSAN
Ada masanya kita berasa bosan dengan apa yang sedang kita lakukan. Ini adalah normal, namun jangan sekali-kali membiarkan perasaan ini menguasai diri sehingga kita gagal melaksanakan tugas dengan baik. Kebosanan yang melanda diri akan menyebabkan kita melakukan kerja separuh hati.

FAHAMI ORANG LAIN
Hidup bermasyarakat memerlukan kita bersikap toleransi. Memahami orang lain bukanlah perkara yang merugikan. Jangan kita memaksa orang lain memahami diri kita sedangkan kita enggan memahami orang lain.

BERDOA
Berdoa merupakan perbuatan orang-orang yang bertaqwa. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar perjalanan hidup kita sentiasa dirahmati, dilindungi dan diberkatiNya. Berdoa dapat membantu kita meningkatkan keyakinan diri dan berasa dekat dengan Ilahi.

JENIS-JENIS PENYAKIT DAN TINDAK BALASNYA

Tekanan Darah Rendah
Kaki dan tangan sejuk.
Pening bila bangun cepat.
Cepat letih.
Muka pucat.
Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung.

Tegang leher bawah.
Kepala pening memusing.

Minum air secukupnya. Makan makanan berkhasiat dan bergaram. Jangan bekerja keras.
Kawal perasaan supaya tenang.

Kencing Manis 
Kerap buang air kecil.
Sering rasa dahaga.
Badan berasa lemah.
Mudah letih.
Mengalami luka yang sukar disembuhkan.
Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung,
mata kelabu,   kulit jadi hitam dan pecah berair.Paras gula meningkat dalam seminggu.
Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit.
Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.

Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee). Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan bekerja terlalu berat dan tenangkan perasaan. Makan dalam jumlah yang sedikit. Banyakan senaman ringan. Minum air rebusan Hempedu bumi.



Produk Kesihatan

Kesihatan adalah aset yang amat berharga untuk kehidupan kita. Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sentiasa mewar-warkan akan betapa penting mempunyai kesihatan dan menjalani gaya hidup yang sihat di kalangan masyarakatnya.

Seiringan dengan itu, UTM melalui Pusat Kecemerlangannya iaitu Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP)yang kini dikenali Institiut Pembangunan Bioproduk (IBD) telah menjalankan penyelidikan menghasilkan produk-produk kesihatan untuk kegunaan masyarakat. Antaranya produk kesihatan yang dihasilkan adalah Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Protected: Info Penyakit Demam Denggi

This content is password protected. To view it please enter your password below: